Berita yang menyedihkan bagi seluruh penduduk taman maju dan ahli-ahli KTM juga turut merasa suasana suram dan menyedihkan ini apabila melihat Surau Al-Amin Taman Maju pagi tadi dijilat api.Surau ini merupakan surau yang mempunyai ramai jemaah tiap kali solat fardu dan terawih.Kami mendapat tahu berita ini pada pukul 12.50pm dan pada ketika ini kami berada di Pulau Pangkor untuk satu program anjuran KTM FC.Berita ini disampaikan oleh salah seorang dari ahli kami yang berada ditaman maju.Menurut berita yang kami dengar bahawa penduduk taman maju tidak sempat meyelamatkan surau yang begitu indah yang baru sahaja siap dinaik taraf itu kerana api begitu cepat merebak keseluruh kawasan surau. Tapi kami juga bersyukur kepada Allah SWT kerana sekolah agama rakyat yang berada disebelah surau taman maju itu selamat dari dijilat api.. Surau sementara Taman maju sekarang ini berada disebuah rumah hasil sumbangan ehsan salah seorang penduduk taman maju yang bermurah hati memberi pinjam rumah beliau untuk dijadikan surau..Terima kasih kepada semua atas keperihatinan ini..
0 comments:
Catat Ulasan